Firma Ini Sediakan Lelaki Kacak Untuk Usap Air Mata Wanita Sedang Bersedih
Nangis
Buat duit dengan sapu air mata...

Jika ada anugerah untuk 'inovasi' dalam segala bidang, masyarakat Jepun layak menerimanya.

Sebuah syarikat yang baru beroperasi di Jepun, Ikemeso Danshi, menawarkan perkhidmatan lain daripada yang lain. 'Ikemeso Danshi' bermaksud 'lelaki comel.' Ia diasaskan oleh Hiroki Terai, seorang lelaki Jepun yang pernah membuat kajian tentang tekanan hidup dialami wanita Jepun dalam bidang pekerjaan akibat persaingan kuat daripada kaum lelaki.

Melalui kajian yang dilakukan agensi kesihatan di Jepun, semakin ramai wanita bekerja memiliki kualiti hidup yang rendah akibat tertekan dengan kerja mereka.

Di sinilah Hiroki Terai mengambil peluang. Melalui syarikat Ikemeso Danshi, dia menawarkan lelaki-lelaki kacak untuk untuk menjadi peneman wanita yang sedang tertekan akibat kerja. bagaimana caranya?



Senang saja. Ambil satu contoh. Anda seorang wanita yang baru pulang dari kerja akibat tertekan. Kena marah dengan bos, kucing pula baru mati kena langgar. mesti tension kan? Di sinilah lelaki kacak Ikemeso Danshi memainkan peranan. Mereka akan datang ke rumah anda dan menonton movie bersama-sama anda, berbual sambil menyelami masalah anda dan paling epik-mereka akan mengusap air mata anda sekiranya anda menangis. Ya, mereka sudah bawa tisu siap-siap kerana lelaki-lelaki kacak ini sudah dilatih untuk menangani situasi itu.

Paling 'best', sebelum mendapatkan khidmat mereka, wanita yang sedang dalam tertekan itu boleh melayari laman sesawang Ikemeso untuk memilih lelaki yang dirasakan 'sesuai' dengan mereka. Bayaran yang dikenakan untuk khidmat ini adalah USD 60 (RM240) untuk satu sesi.

Rata-rata wanita Jepun yang sudah mendapatkan khidmat pelik ini menyukai layanan yang diberikan, terutamanya saat ketika lelaki-lelaki kacak ini mengusap air mata mereka!

Macam-macam orang Jepun ni. Kahwin saja habis cerita. Hari-hari kalau menangis suami boleh usapkan!

Sumber: www.dailymail.co.uk