Firma Ini Bina Rumah konsep Hobbit Dengan 3 Pakerja & Kosnya Cuma RM2,000!
rumah
Rumah Hobbit mampu milik katanya!

Para peminat filem trilogi Lord of the Rings dan The Hobbit pasti mengingati babak pemandangan kawasan rumah yang indah di The Hobbiton, New Zealand.

Buat mereka yang meminati konsep rumah sebegitu tetapi hanya mampu berangan sahaja selama ini, anda tidak perlu gusar lagi.

Syarikat pembinaan Green Magic Homes, telah mengeluarkan satu idea dengan konsep binaan rumah yang betul-betul menyamai 'rumah hobbit' seperti dalam filem lord of The Rings. Bezanya kali ini, rumah Hobbit yang dihasilkan kelihatan jauh lebih cantik berbandingd alam filem.



Paling menarik, rumah yang nampak complicated daripada segi pembuatannya ini hanya memerlukan masa beberapa hari untuk disiapkan dengan tenaga 3 orang pekerja sahaja!

Konsep binaan nampak ringkas, dengan konsep bahagian bumbung bawah tanah atau rumput dengan paip air, sistem pengudaraan dan kabel elektrik yang mudah dipasang.

Senang cerita, rekaan rumah Hobbit ini tiada limit. Bawah ruput, bawah timbunan salji atau bawah tanah-semuanya boleh!

Paling epik, kos untuk membina rumah dengan keluasan 37.5 meter persegi ini hanya menelan belanja sekitar USD500 (Lebih kurang RM2,000). Murah betul!



Pautan: www.greenmagichomes.com

Artikel berkaitan