Bapa: 9 Teknik Melukis 'Bulatan' Sesuai Diajar Kepada Anak Dalam 5 Minit!
KOo
Teknik melukis mudah yang buatkan anak-anak tak malu untuk tunjukkan hasil depan kawan-kawan!

"Ayah! tengok ni cantik tak? Tengoklah sekejap. Jangan main handphone. Tengok saya lukis ni cantik tak?"

Buat si bapa, anda mesti pernah melalui saat-saat begitu dengan anak kan? Sedang berehat sambil menonton tv di rumah atau main handphone, anak-anak datang tunjukkan lukisan 'lidi' yang tak seberapa, mengharapkan pujian melambung dari idolanya.

Buat bapa-bapa yang malas nak layan, dia akan 'berlakon' kata okay kemudian sambung balik main phone atau tengok tv. (Hawau!) Kalau ayah yang rajin sikit, dia akan 'join' sekali anaknya melukis walaupun lukisannya dua kali lima 'lidi' macam si anak. Tak mengapalah, janji dia luangkan masa bersama anak.

Melukis merupakan antara perkembangan peringkat awal untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Sebagai bapa, kita harus memberi dorongan kerana ketika inilah sel-sel otak mereka mula berimaginasi dan mencuba segala yang baru.  Tetapi, kalau si ayah pun tak reti melukis langsung, payah juga. Anak-anak pun jadi bosan. Mana tidaknya, disuruh lukis ikan pun tak pandai. Itu yang buatkan sesetengah bapa malas melayan anak-anak melukis.

Untuk bapa-bapa di luar sana, gunakan teknik melukis yang mudah seperti ditunjukkan di bawah. Teknik lukisan mudah ini menggunakan konsep bulatan yang dikembangkan secara
berperingkat sebelum menjadi subjek.

Penulis dah cuba. memang senang sangat tak sampai lima minit dah boleh lukis binatang- binatang ni semua.
 
Sekarang, bila anak ajak melukis barulah syok dan tak buat muka 'ketat' lagi.

P/S: Yang singa tu comel habis!!!

1. Lembu

2. Ayam

3. Monyet



4. Kucing



5. Ikan Emas



6. Singa



7. Siput



8. Burung Hantu



9. Ketam


 

Artikel berkaitan