7 Rahsia Mengapa Wanita Jepun Susah Nak Gemuk Walaupun Kerap Makan
Kurus
Kalau buat yang no.1 tu, gerenti kurus!

Buat anda yang pernah melancong ke Jepun, anda mesti perasan dua perkara ini. Pertama, jalanan di Jepun amat bersih. Kedua, agak sukar nak lihat rakyat Jepun yang gemuk/berisi badannya, terutama sekali wanita.

Ramai yang berkata ia disebabkan gaya pemakanan sihat yang diamalkan rakyat di negara tersebut. Benarkah? Jom ikuti kajian yang dibuat oleh Health and Natural World tentang
mengapa wanita-wanita di Jepun berbadan kurus tanpa mengamalkan diet ketat atau rawatan kecantikan.

1. Makanan asas yang berkhasiat iaitu ikan, soya, beras, sayur & buah
Kalau anda selalu masuk di restoran Jepun, anda akan nampak sebahagian besar makanan yang dihidang adalah ikan bakar dalam kuantiti kecil, sedikit nasi, sayur yang direbus, semangkuk sup miso berserta air minuman teh hijau panas. Macam manalah tak kurus, semuanya makanan berkhasiat dan kurang minyak!

2. Makan dalam kuantiti kecil
Kalau anda perasan semua makanan yang dihidangkan di restoran atau rumah di Jepun dihidangkan dalam mangkuk kecil. Memang benar, bagi rakyat Jepun aturan dan nilai estetika penyediaan makanan tu yang penting. Bukannya makan ikut sesedap rasa. Antara aturan asas makan gaya rakyat Jepun adalah seperti:
-Makan dengan perlahan
-Makan dalam kuantiti kecil
-Piring jangan isi makanan sepenuhnya
-Ketika rasa hampir nak kenyang, mesti berhenti makan.


3. Cara Memasak yang 'sihat'
Bagi rakyat Jepun, makanan yang sihat adalah makanan segar yang dimasak melalui teknik kukus, panggang atau menumis sendiri (bukan beli dalam pek). Menggoreng juga boleh
tetapi menggoreng mesti dilakukan dengan cepat.

4. Pilih nasi berbanding roti
Orang kita bila berdiet tak mahu makan nasi. Wanita Jepun? mereka makan nasi untuk diet! Ya betul. Mereka memilih nasi berbanding kita yang cuba mengelak nasi dengan memakan roti. Rakyat Jepun memang tidak begitu menyukai makanan yang berasaskan tepung seperti roti.

5. Sarapan dengan sup miso atau 'omurice'
Bagi wanita Jepun, sarapan pagi sangat penting. Biasanya sarapan dihidangkan dalam mangkuk kecil seperti semangkuk sup miso atau omurice yang merupakan telur dadar yang berisi sedikit nasi di dalamnya (kita pun boleh buat ni!). Pagi-pagi pun makan sup mana badan tak kurus!

6. Tiada pencuci mulut yang manis
Pencuci mulut yang manis atau 'penutup' tidak wajib untuk wanita Jepun. kalau ingin merasa pencuci mulut manis, ia akan dihidangkan awal iaitu di antara waktu makan.

7. Lebih aktif jika berat badan naik
 Bila sedar berat badan naik sedikit, wanita-wanita Jepun akan lebih aktif-berjalan kaki ke mana-mana dan melakukan pelbagai aktiviti seperti senaman atau bersukan. Bukannya
dapatkan rawatan untuk kurus!

 

Artikel berkaitan