4 Trik Jaga Kemeja Putih Agar Tak Bertukar Kekuningan Walau Bertahun Pakai
Kemeja
Cara basuh kemeja putih dengan betul

Tengoklah dalam almari seorang lelaki yang bekerjaya, mesti ada kemeja putih. Warna putih adalah warna yang tidak pernah ketinggalan zaman dan sebab itulah ia digemari golongan lelaki yang memakainya samada untuk ke pejabat atau sebarang acara luar.

Masalahnya, kemeja bewarna putih agak susah nak dijaga. Baru setahun pakai warnannya dah bertukar kekuningan. Sebenarnya ada cara mudah nak nak jaga kemeja putih walaupun dah bertahun pakai. Jom ikuti cara mudah seperti yang ditunjukkan oleh laman web wikihow.

1. Ketika Basuh, asingkan baju-baju putih mengikut materialnya
Bukan setakat baju bewarna, baju putih yang dicampur bersama baju putih lain pun harus ditengok terlebih dahulu materialnya sebelum dibasuh sekali. Kemeja yang diperbuat daripada linen dan kapas boleh dibasuh bersama. Kalau kemeja material berbulu perlu diasingkan walaupun ia bewarna putih.

2. Buang tompok kotoran dengan tangan dahulu & rendam dalam air panas
 Kalau ada tompok kotoran pada kemeja, bersihkan dulu bahagian itu sebelum basuh kemeja tersebut. Gunakan bahan pencuci khas untuk baju putih yang mengandungi bahan dan enzim peluntur oksigen. Kalau malas nak keluar beli, gunakan sabun cuci pinggan mangkuk yang ada di rumah. Bila kotoran sudah hilang, rendam kemeja dalam air panas menghilangkan kesan tompokan yang dicuci pada baju.

3. Selepas Rendam dalam air panas, basug guna sabun pencuci dan jemur dekat panas
Kalau tak mahu guna lemon, guna air jeruk lemon juga boleh. Apa yang penting, jemur kemeja tersebut di bawah cahaya matahari. Bukannya dikeringkan dengan dekat kedai 'dobi segera.'

4.  Pastikan mesin basuh dalam keadaan bersih sentiasa
Sekali-sekala, luangkan masa untuk cuci bahagian dalam mesin basuh anda. Ini untuk memastikan sisa-sisa kotoran pakaian yang telah dicuci telah dibuang dan tidak melekat pada pakaian lain yang bakal dicuci. Sisa kotoran yang ada sebelum ini merupakan antara penyebab mengapa lama-kelamaan warna kemeja putih anda bertukar kepada warna kekuningan.

Artikel berkaitan