3 Sebab Anda Tak Boleh Jawab Telefon Ketika Dalam Kereta Api di Jepun
Jepun
Panduan ketika bercuti ke Jepun

Korang yang pernah ke Jepun tentu perasan suasana dalam kereta api di sana. Penuh dengan manusia tetapi tidak bising. Kalau jawab telefon pun cepat-cepat padam semula. mengapa?

3 sebab di bawah adalah jawapannya yang korang patut tahu sekiranya menaiki kereta api di Jepun.

1. Gangguan umum
Orang-orang Jepun tidak mahu mendengar apa percakapan kamu kerana mereka menganggap

kelakuan kamu itu menggangu kegiatan mereka seperti membaca, berfikir atau tidur.

2. Privasi
Orang Jepun memang tidak dapat menerima jika orang lain menggangu privasi mereka.  Mereka tidak mahu tahu tentang masalah korang dengan isteri, kekasih atau masalah di tempat kerja. Jika di negara lain, masa terluang dalam kereta api digunakan untuk berbual bersama rakan. Tetapi di Jepun, hal sedemikian tidak dapat diterima kerana masing-masing mahukan privasi.



3. Etika Kenderaan Awam
Percaya atau tidak, terdapat banyak papan tanda di stesen kereta api di Jepun yang meminta penumpang untuk tidak berbual di telefon atau membuat kerja-kerja ofis seperti menulis nota dan bercakap ketika duduk di bangku penumpang. Malah, sesetengah stesen kereta api mempunyai poster yang menerangkan etika ketika menaiki kereta api juga.

Jadi, jika lain kali anda ke Jepun, jangan kemaruk sangat nak bercakap di telefon. Main whatapps saja sudah untuk beritahu rakan di mana anda berada.

Sumber: Japan Info

Artikel berkaitan