Profesor Guna Emoji Untuk Denda Pelajar Lewat Ke Kelas
Emoji
Best kalau kena denda macam ni, daripda kena rotan atau potong markah!

Para tenaga pengajar di Universiti di Chengdu, China kini menggunakan kaedah melukis emoji sebagai cara untuk menghukum para pelajar yang lewat tiba ke kelas.

Difahamkan, kaedah tersebut digunakan untuk mengelak profesor dan tenaga pengajar daripada menggunakan kekerasan ketika menghukum pelajar. Kaedah tersebut mula diperkenalkan oleh seorang tenaga pengajar di universiti itu untuk menghukum pelajar yang tiba lewat ke kelas.

Mengikut sistem denda tersebut, pelajar yang lewat diminta melukis animasi dan karikatur berbentuk emoji sebanyak 1,000 kali. Perlaksanaan hukum sebegitu kini menjadi viral di laman-laman sosial di China.

Sesetengah netizen berpendapat kaedah itu tidak masuk akal, namun nyata ianya berkesan kerana masalah kelewatan pelajar ke universiti tersebut telah dapat dikurangkan.

Sumber: Sinar Harian
 

Artikel berkaitan