Pencuri Motor Kembali Ke Rumah pemilik Untuk Minta Geran!
Geran
Macam ini punya pencuri pun ada

Entah apa kebodohan yang melanda seorang pencuri motor yang hanya dikenali sebagai 'AA' apabila cuba melakukan 'dua dosa' dalam masa yang singkat.

Menurut laporan portal statradar.net, AA, berusia 29 tahun berjaya mencuri sebuah motosikal di kawasan perumahan Anging Mamiri, Aroepala, Makassar, Indonesia.

Namun, mungkin dirasakan hasil curiannya tidak lengkap, AA telah kembali ke rumah pemilik motosikal yang dicurinya-meminta geran kepada pemilik motosikal. Pencuri yang menetap di Jalan Maccini Baru, Makassar boleh buat muka selamba berjumpa dengan tuan rumah merangkap pemilik motor dan menjelaskan yang dia boleh membantu dapatkan semula motosikal yang dicuri. Dengan syarat, pemilik mesti serahkan geran motor kepada dia!

Pemilik yang berasa ragu-ragu terus menghubungi polis dalam diam. Sepasukan polis kemudian tiba dan membwa AA ke balai polis di Mapolsek. Setelah disoal-siasat, AA mengakui dia yang mencuri motosikal milik mangsa.

"Saya yang mencuri motosikal itu. Saya menggunakan kunci khas yang berbentuk 'T'," ujar AA kepada pihak polis.

Apa punya sengal pencuri macam ni. Abang Ohsem memang tak faham!

Semoga dia menginsafi perbuatannya ketika berada dalam tahanan polis.


 

Artikel berkaitan