Kelakar! Pokok di Norway Yang Menyerupai Rambut Donald Trump Kini Trending
Rambut
Memang sebijik!

Kalau sudah glamor tak kena pada gayanya, apa saja yang dibuat pasti menjadi sindiran orang ramai.

Dalam kes Donald Trump, dia kali ini disindir bukan sahaja kerana kenyataan-kenyataan pedasnya ketika bertanding sebagai calon Presiden Amerika. Malah, ciri fizikal iaitu rambut palsunya turut mendapat perhatian.

Media sosial di Amerika berlumba-lumba berkongsi gambar sejenis pokok yang bernama 'Bunchgrass,' yang hanya tumbuh di Tromso, Norway. Lucunya, Bunchgrass yang tumbuh di persisiran tasik kelihatan 'sebijik' macam rambut palsu (wig) Donald Trump yang bewarna perang keemasan.

Gambar pokok dengan ketinggian kurang dari setengah meter itu berlegar di media-media sosial di Amerika dengan sesetengahnya meletakkan foto kepala Donald Trump di bawah pokok tersebut. Seorang pelayar, Gibson yang memuat naik gambar pokok tersebut menyindir Donald dengan caption berbunyi, "Pemandangan rare di Tromso, Norway di mana Donald Trump menanam rambutnya." Perkongsian Gibson tersebut telah ditonton seramai 1.9 juta pelayar lain.

Cuba korang tengok gambar-gambar ini. Memang 'sebijik' macam rambut Donald Trump kan?



Tambah melucukan, beberpa orang doktor tampil memberi komen mengapa Donald Trump memilih untuk memakai rambut palsu sebegitu. Antaranya Pakar Kulit dari Los Angeles, Dr. Paul McAndrews yang menjelaskan tiga sebab utama. Pertama, beliau ingin menutupi bahagian kepalanya yang botak. Kedua, proses pertumbuhan semula rambut yang gagal dan ketiga, beliau cuba menyembunyikan parut akibat luka sewaktu pembedahan.

Sumber: Liputan 6

Artikel berkaitan