Isteri Rentap Testis Suami Sampai Terkoyak Kerana Tak Belikan Bunga
Testis
Hanya kerana bunga dan malas tolong isteri

Bukan semua wanita berasa teruja dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang berlangsung pada 8 Mac lalu.

Mariela Benea dari perkampungan Dragomiresti, Romania adalah salah serang daripada wanita dan isteri yang tidak gembira pada hari tersebut.

Bukan saja tidak gembira, malah dia berasa sangat marah hingga dia mengoyakkan testis suamiya-hanya sebab si suami tidak membelikannya bunga pada hari tersebut serta menolongnya membuat kerja-kerja rumah.

Suaminya, Ionel Popa, mengalami kecederaan parah pada testis sebelah kiri akibat direntap dengan kuat oleh isterinya hingga menyebabkan luka yang dalam serta kulit luaran testisnya tertanggal.

Dia terpaksa dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke dalam bilik kecemasan sebelum pembedahan dilakukan.

Ketika disoal, Marinela menjelaskan dia sudah tidak tahan dengan sikap suami yang tidak mempedulikannya. "Dia keluar minum arak dan balik ke rumah dalam keadaan mabuk. Sepatutnya dia bekerja untuk mendapatkan wang. Pagi itu, saya menarik langsir dan menyuruhnya keluar bekerja atau sekurang-kurangya membantu saya dengan kerja-kerja rumah. Tetapi, dia memarahi saya dan berkata saya tidak layak memberikan arahan," ujar Marinela.

Pasangan tersebut sudah 15 tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak lelaki berusia 15 tahun.

Sehingga hari ini, Ionel masih dirawat di hospital sementara pihak polis meneruskan siasatan ke atas Marinela.

Sumber: Metro UK

Artikel berkaitan