Disebabkan Poster, Isteri Menabung 3 Tahun Hadiahkan Suami Motor Idaman
Harley
Isteri menabung dalam senyap demi suami tercinta

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.  

Bagi pasangan dari India yang baru berkahwin, Gaurav Sethi dan Akhilee Mattamereka mendapat bukan satu, tetapi dua benda yang selama ini mereka idamkan dalam kehidupan.

Akhilee mula menjalinkan hubungan sebagai kekasih dengan Gaurav sekitar bulan Ogos 2012. Ketika itu, dia tidak tahu adakah dia bakal mengahwini Gaurav-sehinggalah dia menghadiri parti di rumah Gaurav pada bulan yang sama tahun itu hingga membuatkan dia bertekad utuk melakukan lebih daripada sekadar berkahwin dengan kekasihnya.

Ketika di parti tersebut, Akhilee telah melihat dua keping poster dalam almari Gaurav tanpa pengetahuannya. Satu poster berbunyi "25 August 2012-CS Gaurav Sethi" dan satu lagi "11th December 2015: Harley Davidson Iron 883".

'CS Gaurav Sethi' bermaksud pada hari tersebut, Gaurav telah lulus ujian Kesetiausahaan di syarikatnya. Perkara ini diberitahu Gaurav ketika parti tersebut . Akhilee kemudian bertanya, "Apa lagi yang awak inginkan?"

"Itu saya tak pasti, sebab fokus saya yang seterusnya adalah untuk berkahwin dengan awak," jawab Gaurav yang serta-merta buatkan Akhilee terharu!

Mereka kemudiannya berkahwin selepas tiga tahun bercinta. Apa yang Gaurav tidak tahu, saat dia menjawab soalan Akhilee pada tarikh keramat 25 Ogos 2012 di parti rumahnya itu-Akhilee sudah bertekad untuk mula menabung bagi menjadikan cita-cita suaminya memiliki Harley Davidson Iron 883 pada 11 Disember 2015 menjadi kenyataan!

Merupakan seorang pakar dalam bidang Komunikasi Korporat, Akhilee mengakui hasrat untuk membelikan suaminya Harley Davidson bukanlah mudah. Setiap wang gaji yang disimpan telah beberapa kali digunakan untuk kecemasan dan rancangannya hampir tidak berjaya. Namun, demi impian suaminya dia tekad terus menyimpan wang yang ada.

Walk the talk. Akhilee memang lakukan apa yang dimaksudkannya. Tepat pada tarikh 11 Disember 2015, Gaurav yang ditutup mukanya dengan kain dibawa ke showroom Harley Davidson di mana dia 'diperkenalkan' dengan Harley Davidson Iron 883 yang telahpun menjadi miliknya. Athilee juga memastikan setiap saat manis itu dirakam dalam video untuk menjadi kenangan mereka sepanjang hayat.

Pasangan tersebut baru-baru ini berbulan madu buat kali ke-2 dengan menaiki motosikal di Rajasthan.

 

 

Dan kata-kata akhir Akhilee kepada portal ScoopWhop yang menemubual mereka mendapatkan pujian netizen:

"Cinta itu satu perkara. Manakala sikap tidak mementingkan diri pula satu perkara yang lain. Saya tidak tahu sejauh mana pemberian saya menggembirakan Gaurav. Tetapi satu yang pasti, melihatnya gembira menerima hadiah itu membuatkan saya berasa amat bahagia. Wang akan habis tetapi kenangan indah begini kekal selamanya. Raikanlah saat-saat manis anda bersama dan lakukanlah apa sahaja demi membuatkan orang yang anda sayang berasa gembira."
 

Artikel berkaitan