Campak Anak Atas Tahi Untuk 'Tuah & Kejayaan Masa Hadapan'
Tahi
Tahi lembu pun ada nilai!

Bermacam kepercayaan, bermacam tradisi. Agama yang sama tetapi amalan berbeza mengikut negara.

Contohnya seperti acara tradisi turun temurun yang diamalkan oleh penduduk beragama Hindu di sebuah perkampungan di Betul, Madhya Pradesh, India ini.

Ketika berlangsungnya perayaan Diwali (Festival of Light), para penduduk kampung akan ambil dan kumpulkan gumpalan tahi lembu yang diperoleh daripada kira-kira 600 ekor lembu dan meletakkannya di kawasan tengah bandar. Sehari selepas sambutan Diwali, golongan ibu-bapa akan membawa anak-anak kecil mereka untuk dilumur, dicalit atau dicampakkan ke di atas gumpalan tahi lembu tersebut!

Pelbagai sebab para penganut Hindu di kawasan ini mengamalkan tradisi ini sejak sekian lama. Pertama ada yang berkata air kencing dan tahi lembu mempunyai kebaikan untuk
perubatan. Kedua, (sebab utama menurut nenek moyang penduduk di sini) amalan melumur tahi lembu pada anak ini akan memberikan tuah atau kejayaan dalam kehidupan mereka masa hadapan.

Sementara itu, ada pengamal perubatan berpendapat dengan mendedahkan anak-anak kecil ini kepada bakteria sedari awal, ia akan membuatkan tubuh mereka 'kebal' kepada penyakit atau bakteria apabila dewasa kelak.

Macam-macam hal dunia sekarang!

Sumber: MailOnline

Artikel berkaitan