Budak Perempuan Meninggal Pada Malam Perkahwinan Akibat Trauma Seksual
Kahwin
Suami Berumur 40 tahun, isteri berumur 8 tahun!

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun di Yemen meninggal dunia pada malam pertama perkahwinannya berpunca daripada kecederaan dalaman akibat trauma seksual.

Menurut laporan agensi berita Al Nahar (Lubnan), kematian tersebut berlaku di daerah Hardh, bahagian utara Yemen yang bersempadan dengan Arab Saudi.

Kematian kali ini mendapat liputan meluas berikutan isu perkahwinan paksa dengan gadis bawah umur di Timur Tengah yang semakin diperkatakan ramai.

Dilaporkan kira-kira lebih suku kanak-kanak dan remaja di Yemen dipaksa berkahwin sebelum mencapai usia 15 tahun. Perkahwinan paksa kanak-kanak dan remaja ini menimbulkan kesan buruk yang ketara seperti keganasan seksual.  

Pada tahun 2009, undang-undang di Yemen menetapkan umur minima untuk perempuan berkahwin adalah pada usia 17 tahun. Akan tetapi, undang-undang tersebut kemudian dibatalkan akibat mendapat bantahan penggubal undang-undang di sana yang menggelarkan peraturan tersebut 'tidak bercirikan Islam.'

Sumber: www.theworld-aroundus.com
 

Artikel berkaitan