Bapa Nikahi Anak Sendiri Sebagai Kenangan Sebelum Dia Pergi Buat Selamanya
Bapa
Anak kecil yang diduga dengan penyakit merbahaya

Manusia kadang-kala mampu bertindak di luar pemikiran kerana masalah dan kesedihan yang menimpa kehidupan mereka.

Bagi seorang bapa, Andy Bernard, dia melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan seorang bapa lain di dunia ini. Sebaik saja anak perempuannya Poppy lahir ke dunia, dia sudah berangan-angan untuk melihat majlis perkahwinan bayi tersebut apabila dia besar nanti.

Namun, langit tidak selalunya cerah.

Poppy yang kini berusia 18 bulan disahkan mengidap barah otak dan menurut doktor dia tidak akan hidup lama.

Apa yang si bapa lakukan? Andy sedar yang dia tidak mungkin dapat melihat Poppy membesar, apatah lagi berkahwin. Jadi, dia mengambil keputusan untuk menikahi anaknya sendiri demi memberi 'peluang' Poppy merasai suasana perkahwinan-dalam masa yang sama Andy juga telah berjaya memenuhi cita-cita peribadinya untuk melihat Poppy mendirikan rumahtangga.

Begitulah manusia. Beban kesedihan yang ditanggung Andy membuatkan dia melakukan perkara yang tidak masuk akal sehingga sanggup menikahi anaknya yang baru berusia 18 bulan.

Sumber: SKS News

Artikel berkaitan