78 Anggota Polis Lelaki Didenda Tidur Bawah Panas Sebab Tak Pergi Solat
Polis
Tak pasal-pasal kena tidur tengah panas!

Islam tak mengenal sesiapa, samada anda orang ternama, rakyat biasa, lelaki atau perempuan. Contohnya solat. Ia wajib dilakukan mereka yang beragama Islam walaupun dalam keadaan sakit.

Bagi 78 anggota polis lelaki di Surabaya, keasyikkan mereka berborak di ruang pejabat ketika azan berkumandang mengundang padah apabila mereka didenda oleh Ketua Balai Polis Surabaya dengan melakukan tekan tubi dan tidur bawah panas.

Semuanya gara-gara leka bersembang hingga tidak pergi bersolat.

Ketua Balai Polis Surabaya, Toni Sugiyanto berkata, dia berasa kecewa melihat anggota-aggota polisnya 'melepek' di tempat masing-masing ketika azan bekumandang sedangkan ketika itu mereka tidak bertugas ataupun perlu melakukan rondaan.  

Denda tersebut dikenakan terhadap 78 anggota polis, kecuali yang bukan beragama Islam.

Menurut Toni lagi, semua anggota polis di balai terbabit diwajibkan solat di surau yang terdapat di balai polis itu.

Sumber: Metro Indonesia