6 Kereta Mewah Kebanggaan Selebriti Popular

USAIN BOLT & FERRARI CALIFORNIA
USAIN BOLT & FERRARI CALIFORNIA

Sama ada bintang sukan, bintang TV atau penghibur pentas, memang lumrah buat selebriti terkenal dunia  memiliki kereta berjenama mewah. Meskipun kereta ini hanya sebagai koleksi memenuhi garaj belakang rumah!

 

USAIN BOLT & FERRARI CALIFORNIA

Pelari terpantas di dunia ini pasti merasa bosan jika memandu pada had kelajuan yang sederhana. Untuk seiring dengan gaya hidupnya sebagi seorang atlet terkena,  Usain yang berasal dari Jamaica ini nampaknya jatuh cinta dengan kereta Ferrari California. Walaupun belum dipastikan milik penuh Usain, namun ia di dalam tangan Usain kerana dia kerap kali dilihat memandu kereta mewah ini. Sebelum ini, Usain pernah memiliki 2014 Nissan GT-R dan BMW M3. Maka, tidak hairan Ferrari California sedang berlegar di dalam kepalanya.

 

JUSTIN BIEBER & FERRARI 458 ITALIA

Nampaknya, Justin tidak lagi berbangga dengan kereta Fisker Karmanya. Penyanyi kelahiran Kanada ini telah beralih kepada kereta Ferrari 458 Italia. Seiring dengan populariti yang dikejar, Justin mahu tampil sebagai penyanyi yang lebih dewasa dengan mewarnakan keretanya dengan warna biru dingin dan rim hitam pada roda. Sebelum ini, kereta ini mempunyai cat warna putih.

 

FABOLOUS & FERRARI F12 BERLINETTA

Keluaran terbaru Ferrari ini sering menjadi dambaan dan impian sesiapa saja yang melihatnya. Fabolous, seorang penyanyi hip hop pernah muat naik gambar Ferrari F12 Berlinetta di laman Instagram dengan status "Jangan bergambar di sebelah Ferrari F12 Berlinetta putih". Mungkin kereta yang berharga $300,000 ini memilih 'tuan' untuk bergambar?

 

EDDIE MURPHY & MERCEDES BENZ SLS

CItarasa pelawak ini tidaklah teruk sangat sebagaimana imej yang sering ditonjolkan. Eddie yang memiliki kereta bernilai $200,000 ini sudah cukup baik meskipun hanya mengenakan seluar trek merah dan singlet putih ketika memandu kereta ini. Kereta Mercedes Benz SLS berwarna hitam ini sering menjadi pengangkutan Eddie membawa kekasihnya, Paige Butcher.

 

DAVID BECKHAM & MCLAREN 12C SPIDER

Bintang bola sepak yang baru bersara ini dilihat sedang menyelusuri jalan raya di Los Angeles bersama McLaren MP4-12C Spider ini cukup menggambarkan tiga perkataan iaitu kekuasaan, kecepatan dan ketangkasan pada diri Beckham bersama kereta ini. Nampaknya, Beckham dan McLaren ini boleh menjadi 'pasangan' yang ideal. Sebelum ini, Beckham terkenal sebagai seorang peminat kereta disamping koleksi peribadinya seperti Bentley, Ferrari dan Lamborghini.

 

JASON STATHAM & LAMBORGHINI MURCIELAGO LP640

Jangan terkejut kerana kereta ini sebahagian dari koleksi pelakon berwajah serius ini. Selain Lamborghini Murcielago LP640, Jason turut memiliki Audi A8 iaitu sedan mewah dan Audi R8 berwarna silver dengan 5,204cc V10 enjin petrol 552bh. Kereta Aston Martin DBS Volante juga terdapat di dalam koleksi Jason. Antara tarikan yang terdapat pada kereta berprestasi tinggi ini termasuk 13 speaker sistem audio, sistem navigasi satelit HDD dan penyambung iPod.

 

Harta mewah yang dimiliki ini mungkin dijadikan sebagai pendorong dan ganjaran buat mereka setelah berhempas pulas dengan usaha selama ini. Kami yakin anda juga mempunyai kereta idaman tersendiri untuk dikongsi bersama pembaca MASKULIN yang lain. 

JASON STATHAM & LAMBORGHINI MURCIELAGO LP640

JASON STATHAM & LAMBORGHINI MURCIELAGO LP640

DAVID BECKHAM & MCLAREN 12C SPIDER

DAVID BECKHAM & MCLAREN 12C SPIDER

EDDIE MURPHY & MERCEDES BENZ SLS

EDDIE MURPHY & MERCEDES BENZ SLS

FABOLOUS & FERRARI F12 BERLINETTA

FABOLOUS & FERRARI F12 BERLINETTA

JUSTIN BIEBER & FERRARI 458 ITALIA

JUSTIN BIEBER & FERRARI 458 ITALIA